Fiqh Mara’h

BAB 1: JENIS-JENIS CECAIR PADA LELAKI DAN WANITA

– Pengertian lafaz-lafaz yang saling berkait ini telah disebut di dalam al-Quran dan Sunnah, hakikatnya ketiga-tiga cecair ini iaitu Alma (air/wadi), mani, nutfah merupakan cecair yang terdapat pada lelaki dan perempuan.

1)Air/wadi : Ia adalah jejenis cecair yang ada pada lelaki dan perempuan sebagaiman a firman Allah swt:

Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih) Yang sedikit dipandang orang? Maka air yang dimaksudkan di sini ialah cecair yang membawa unsur-unsur kesuburan iaitu mani.

2. Mani: Ia adalah cecair yang membawa benih jantan ke betina dan membawa unsur-unsur kesuburan dan dia adalah nutfah, (kromosom x, y) maka apabila mani lelaki bertemu dengan telur betina maka dia akan menjadi satu.

 45. Dan Bahawa sesungguhnya, Dia lah Yang menciptakan pasangan – lelaki dan perempuan. Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke Dalam rahim);

3) Nutfah: Sperma bagi lelaki,nutfah pada perempuan ialah telur. Telah berkata ibnu Abbas sebagaimana firman Allah swt:

2. Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani Yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan Dia berkeadaan mendengar dan Melihat. Iaitu air mani lelaki dan perempuan semasa jimak(bersetubuh) dan bercampur. Justeru, kita telah mengetahui bahawa “air” merangkumi setiap jenis-jenis cecair, yang dikehendaki pada ayat al-Quran ialah “mani” akan tetapi kalimah “air” juga digunakan di dalam hadith Rasulullah saw

 ((سألت ام سليم ـ امراة ابي طلحة ـ رسول الله صلى الله عليه وسلم ـ فقالت : يا رسول الله ان الله لا يستحي من الحق ؛ هل على المرأة غسل اذا احتلمت؟ قال , نعم اذا رأت الماء))

((Telah bertanya ummu Sulaim iaitu isteri Abi Talhah kepada Rasulullah saw: Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu untuk kebenaran, adakah ke atas perempuan mandi sekiranya dia bermimpi?Jawab Rasulullah saw: Ya, sekiranya dia melihat air/ cecair)) Dan di sana juga, terdapat cecair-cecair yang khusus bagi perempuan iaitu cecair/air basah daripada dalaman dan luaran. Adapun mazzi dan ra’syah ialah cecair yang juga ada pada lelaki dan perempuan dan keluar ketikamana syahwat teransang.

1.1: PENGERTIAN JENIS-JENIS CECAIR YANG TERDAPAT PADA LELAKI DAN PEREMPUAN

 Alma/ Air – Cecair ini merupakan yang terdapat di antara lelaki dan perempuan, dan terdapat percanggahan pendapat di antara ahli falsafah dan ulama samada cecair ini terdapat pada perempuan atau tidak. Berkata Fakhrurrazi di dalam kitabnya: Al-mabahith Syarqiah ( telah menafikan Aristotle (ahli falsafah Yunani 322-384M) bahawa perempuan mempunyai mani. Glainus (doctor yang masyhur Yunani lama) sangat tidak bersetuju dengan Aristotle lalu menolak pandangan tersebut dan menetapkan bahawa perempuan juga mempunyai mani akan tetapi berbeza dengan mani lelaki dari segi tabienya ,bahkan dia tidak menolak bahawa mani perempuan mengalir melalui saluran yang khusus iaitu telur betina. Telah menetapkan Ibnu Sina sebelum ini di dalam kitabnya- Al-qanun fi tibb (bahwa pada lelaki mengandungi mani daripada buah zakar (testis) dan daripada batang zakar. Demikian juga bagi perempuan mengandungi mani daripada telur betina dan terus ke dalam rahim. Dan ilmu perubatan moden, telah mengatakan bahawa air/cecair ini tidak ditolak dan terpancut walhal dia mengalir mengikut saluran yang khusus iaitu daripada radang faraj (kelenjar gonad/kelamin) yang terletak di bawah kedua-dua bibir faraj dalam yang kecil ( lobia minora) yang bersambung dengannya, dan saluran khusus ini bukan untuk pembentukan janin, bahkan tugasnya hanya membasahkan radang faraj dariapada saluran microbe..dan ia merupakan saluran khusus tabie perempuan dengan telur yang melekat, adapun saluran lain yang melalui faraj perempuan khusus untuk sakit yang berbau busuk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: