Contoh Terbaik Ulamak Negarawan
Ramai orang berpendapat, berpersatuan ni merugikan, sambil berkata “daripada aku pegi program persatuan lebih baik aku talaqi” kita lupa dan tak sedar bahawa para masyaikh yang mengajar kitab di hadapan kita tu siapa?? Mungkin kita tak tahu..ok, mari kita tengok dan amati sungguh siapa mereka… sebagai contoh, Syeikh Sariah Rifaei’ merupakan Presiden / rais kepada persatuan Zaid bin Thabit, merupakan pengarah program Haflah Qura Syam, juga merupakan salah seorang Jutawan kat Syria ni..haaaa…jangan main-main..Siapa tak kenal Syeikh Ramadhan Al-Bouti, pengarang kitab Fiqh Sirah dan banyak lagi merupakan penasihat Islamic Bank Syria, Syeikh Wahbah Zuhaili pengarang kitab Fiqh Islami Wa adillatuhu dan Tafsir munir Naib Presiden ii ( The Assembly of Muslim iurits In Amerrica)..ini yang sekarang ,bagaimana pula, dengan ulamak-ulamak Syam yang terdahulu? Syeikh Mustafa Sibaei yang merupakan pemerintah Syam semasa pemerintahan Turki Uthmaniah ..Syeikh Hassan Habannakah,seorang Murabbi yang melahirkan syeikh-syeikh yang mashyur pada hari ini, syeikh bouti, syeikh Wahbah, Syeikh Bugho, adakah mereka ni hanya mengajar kitab-kitab di jamik semata-mata dan langsung tidak melibatkan diri dengan persatuan, aktiviti kemasyarakatan, program-program tarbiah adakah mereka tidak turun padang???
Para Qura Syam Yang Tidak Henti-Henti Mentarbiah Masyarakat
Haflah maulid Nabi tiap-tiap tahun di jamik-jamik mustahil tak ada pengarah programnya, ajk publisitinya , ajk persiapan akhirnya, progmernya, ajk protokolnya !!! kaki-kaki talaqi yang tak suka berpersatuan takkan tak perasan semua ni?? Malang sekali, dan sungguh perasanlah golongan-golongan yang macam ni nak menjadi bakal ulamak tapi tidak mencontohi ulamak yang di hadapan mereka sendiri.. Di sini, penulis bukan ingin menghentam kaki talaqi, tetapi nak memberitahu hakikat ulamak yang sebenarnya mesti kehadapan dan berpersatuan..yang berpersatuan sahaja pun,dan tidak bertalaqi pun tak kene juga..Jadi hidup kita perlu mengambil semua unsur-unsur dalam keadaan yang seimbang dan disusun dengan bijak..
Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian Yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang Yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke Dalam azab seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang kamu lakukan.(al-baqaroh : 85)
Kalau kita yang kaki talaqi dan kaki Masjid pun menolak tuntutan Sunnatullah, apa lagi yang kita boleh harap dengan pelajar Syariah yang merokok kat cc, kat Pasar dan tempat-tempat awam, menga’ibkan imej-imej Ulamak!! Jadi, kitalah yang mesti mengubah cara hidup, cara berfikir, cara bertindak bagaimana kita mesti menjadi Ulamak negarawan..
Di sini sedikit panduan bagaimana menyusun masa, supaya seimbang di antara pengajian, persatuan , talaqi dan beberapa keperluan lain..walau bagaimanapun terpulang kepada kita bagaimana hendak menyusun dari segi subjek dan sebagainya..
MANHAJ ULAMAK NEGARAWAN
MISI YANG PERLU DIPATUHI
- Menjaga Akhlak dan adab-adab sebagai pelajar syariah
- Melibatkan diri dengan persatuan dan memegang jawatan atau menghandle program
cth: jadi pengarah program, ajk kecil
- Melazimi Talaqi khususi/ umumi (tidak terlalu banyak ,seimbangkan masa untuk keperluan lain).
- Born to be a reader (membaca sebulan satu buku)
- Wajib dawam.
- Menyertai latihan kemahiran yang disediakan seperti (Bercakap, menulis, kepimpinan)
- Bercakap bahasa Arab di dalam rumah/usrah dan meeting.
- Taklifat yang diberikan oleh lajnah tarbiah melalui naqib mesti dibuat dan dipantau oleh naqib mengikut diskusi/usrah masing-masing.
TALAQI
PERSATUAN
KELAS/KULIAH
Khususi
Cth : Ajk Tarbiah
Wajib Dawam
Umumi
Naqib
Study Group
Perkongsian Pintar (suruh mengajar)
Ilmu terbahagi kepada 2 iaitu ilmu maqruah yang kita perolehi daripada kelas dan talaqi..dan kelebihan talaqi ini selain daripada ilmu ialah mendidik hati kita bersifat sebagai seorang Murabbi, kerana dekatnya kita dengan para pewaris nabi. Maknanya, orang yang tidak bertalaqi ini sifatnya jauh sekali untuk menjadi seorang Murabbi. Boleh jadi a’lim, cerdik, no.1 sokmo dalam kelas tapi bukan Murabbi. Kedua adalah ilmu “ Nazori” ilmu mengurus, mentadbir, berkepimpinan dan mempunyai kemahiran tambahan lain atau disebut “soft skill” yang kita perolehi daripada berpersatuan. 3 unsur di atas mesti diambil dan disusun dengan seimbang oleh setiap bakal ulamak negarawan bukan mengambil sebahagian, dan meninggalkan sebahagian yang lain, kalau begitu cerah masa depan untuk jadi ulamak suk
ILMU-ILMU YANG MESTI DITALAQI
KHUSUSI CONTOH KUTAIB PENULIS BUKU Umumi 1.Al-Quran hadir/ Ghaib (bagi yang hafiz) – – 3 Talaqi Umumi yang anda boleh ISTIQAMAH
2.Nahu Tuhfatus Thaniah Muhammad Mahyudin Abd Hamid 3. Sorof Syazzil u’rfi fi Fannis sorfi Syeikh Ahmad Himlawi 4.Akidah Al-Manhajul Mufid Fi Bina Iman wala’kidah Syeikh Ismail Majzub 5. Mustolah Hadith Usul Hadith Syeikh A’jaj Khatib 6.Usul Fiqh Matan Waroqot Jalaludin Muhammad 7.Ulum Quran Ulum Quran al-karim Syeikh Nuruddin I’tir 8. Qowaid Fiqhiyyah Al-furu’un naddiah Syeikh A’li Syarbaji 9.Sirah Fi tarikh Isalami Syeikh Syauqi abu kholil 10. Maqosid syariah Maqosid assyariah wa al-qowaid al-kuliyyah Mujamma Abu Nour 11. Mantiq Mughni At-tullab Athiruddin alabhari Beberapa ilmu alat dan asas yang mesti di kuasai sepenuhnya..
PLAN TINDAKAN TALAQI KHUSUSI & UMUMI
Al-Quran
PERKARA Kelas Bahasa/ daurah Tahun 1 (Kuliah) Tahun 2 (Kuliah) Tahun 3 (Kuliah) Tahun 4 (Kuliah) KHUSUSI Nahu Tauhid Usul Fiqh Qowaid Fiqhiyyah Mantiq Sorof Mustolah hadith Ulum Quran Sirah Maqosid Syaria’h JANGKA MASA 1 Tahun 1 Tahun 1 Tahun 1 Tahun 1 Tahun UMUMI
Untuk talaqi Quran dan umumi berjalan sepanjang masa daripada mula kita sampai di Syria sehinggalah tamat pengajian..Begitu juga dengan khususi mesti bermula di awal tahun kita berada di Syria walaupun baru mengambil bahasa, jangan dengan alasan nak tumpu bahasa talaqi pun tak pegi. Kita nak kuatkan bahasa yang kita pelajari di pagi hari, pergilah talaqi di waktu petang, insyaAllah sekiranya kita tekun dan melazimi hari-hari kita akan faham.
Untuk subjek yang mengambil jangka masa setahun untuk habis penulis menggalakkan kita belajar secara khususi untuk lebih menguasai. Tidak perlu bertalaqi sampai 10 madah setahun, tinggal persatuan, last-last madah yang dalam kelas pun tak lepas, susun baik-baik agar semua keperluan seimbang..
MISI BORN TO BE A READER
BULAN TAJUK BUKU PENULIS BUKU T/TANGAN JANUARI FEBUARI MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPTEMBAR OKTOBER NOVEMBER DISCEMBER “Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.”
v FATAWA MUA’SOROH/ FIQH MARA’H
v MAJALAH WAI’E ISLAMI
v BUKU-BUKU YANG BERMANFAAT
v BUKU-BUKU FIKRAH
Sebagai Konklusi, Marilah kita bermuhasabah dan fikir kembali sejak kita memijak kaki di bumi barakah ini apa yang telah kita dapat..bagi yang masih ada masa, belum terlewat untuk kita memperbaiki kesilapan dan mengubah diri..Sekali lagi penulis menyatakan bahawa ini bukanlah satu manhaj yang tetap yang setiap orang mesti patuhi, tetapi hanya sekadar contoh panduan yang sangat dhaif daripada penulis sebagai lontaran dan cadangan…Wallahu a’lam
ULAMAK NEGARAWAN |
Posted by Ustazahsensei on April 22, 2010 at 10:20 am
mubarak…! lps ni sensei akn menyusul..!
Posted by nizar on May 18, 2010 at 6:13 am
assalamulaikum..
alhamdulillah, artikel yang bagus.. dapat membuka mata dan hati mereka yang menganggap berpersatuan tidak penting.. masukkan artikel ini dalam ITQAN.. tahniah kepada penulis..!tahniah..!